Servis Kami

Servis Kami

Bina Banglo Moden

Bina Banglo Moden

Rumah banglo satu atau dua tingkat yang direka khas untuk saiz tanah anda. Pilihan sesuai untuk keluarga besar yang perlukan ruang luas dan privasi.

  • Proses: Kami mulakan dengan site visit dan soil test untuk periksa keadaan tanah. Selepas itu kami lukis layout yang mengambil kira arah matahari dan pengudaraan. Apabila PBT lulus, kami terus mula kerja piling dan foundation.
  • Termasuk: Struktur asas, dinding, bumbung, kemasan lantai, siling kapur, wiring elektrik, sistem paip, dan kerja cat.
  • Anggaran Kos Bina Rumah 2026: Bermula dari RM180 sekaki persegi, bergantung pada pilihan material.

Bina Semi-D

Pilihan praktikal untuk maksimakan guna tanah anda. Anda boleh bina dua unit bersebelahan – satu untuk duduk, satu untuk disewa atau untuk keluarga terdekat.

  • Proses: Langkah sama seperti bina banglo, namun kami lebih teliti pada rekaan dinding pembahagi. Ini untuk memastikan tahap soundproofing yang baik dan struktur kukuh.
  • Termasuk: Pembinaan struktur penuh untuk dua unit, kemasan luar dan dalam, pagar, serta main gate.
  • Anggaran Kos Bina Rumah 2026: Bermula dari RM170 sekaki persegi.
Bina Semi-D
Ubahsuai & Renovation

Ubahsuai & Renovation

Kerja ubahsuai skala besar. Kami uruskan renovation major seperti tambah tingkat atas, besarkan dapur, atau pecah dinding untuk open concept.

  • Proses: Kami nilai struktur asal rumah dahulu. Jika perlu, kami sediakan structural drawing baru dan apply kelulusan PBT sebelum kerja pecah bermula.
  • Termasuk: Kerja pecah (hacking), pengurusan sisa binaan (debris), pembinaan struktur baru, dan kerja kemasan semula.
  • Anggaran Kos Bina Rumah 2026: Quotation akan diberi selepas site visit, bergantung pada keluasan skop kerja.

Design and Build (Pakej Lengkap)

Pilihan mudah untuk anda yang sibuk. Kami uruskan semua langkah daripada lakaran pertama sehingga proses cuci rumah selesai.

  • Proses: Anda hanya perlu kongsikan konsep pilihan. Kami selesaikan floor plan, kelulusan majlis, dokumen pinjaman, dan pembinaan. Anda cuma pantau melalui report mingguan.
  • Termasuk: Servis arkitek, pendaftaran CIDB, yuran PBT, soil test, pembinaan penuh, dan defect liability period.
  • Anggaran Kos Bina Rumah 2026: Pakej lengkap bermula dari RM200 sekaki persegi mengikut spesifikasi.
Design and Build

Nak Tahu Kos Untuk Projek Anda?

Setiap projek berbeza. Kos dinilai berdasarkan saiz tanah, jenis rumah, dan pilihan material. Set temujanji site visit percuma dan kami berikan sebut harga yang tepat.